Karier bola sepak György Garics

Walaupun lahir di Hungary dan berketurunan Croatia, Garics berpindah ke Vienna sewaktu berumur 14 tahun dan memulakan karier bola sepaknya di Austria bersama kelab Rapid Vienna pada tahun 2002; ketika musim pertamanya sebagai seorang remaja, dia membuat dua penampilan.

Bermula musim 2004–05, pemain muda itu mula menjadi ahli penting dalam pasukan utama dan Rapid Vienna memenangi Austrian Bundesliga. Dia juga turut menjadi kapten pasukan kebangsaan bawah 21 Austria.

Setelah membuat 81 penampilan untuk Rapid Vienna dan menjaringkan satu gol, dia dibeli oleh kelab Itali, Napoli dengan bayaran €500,000,[1]. Dia membuat penampilan pertamanya ketika menentang Triestina pada 23 September 2006. Selepas itu, dia menerima panggilan ke [Pasukan bola sepak kebangsaan Austria|pasukan kebangsaan Austria]] pada 6 Oktober 2006 menentang Liechtenstein dan menjaringkan gol dalam penampilan antarabangsa pertamanya.

Dia juga dipanggil ke dalam skuad untuk Euro 2008 dan bermain dalam kesebelasan utama ketika perlawanan ketiga Austria menentang Jerman di Vienna.

Garics menyertai Atalanta dari Napoli pada bulan Julai 2008, dengan bayaran €1.5 juta.[2] Atalanta memblei pemilikan penuh untuk pemain itu dengan bayaran €1 juta[2] pada 26 Jun 2009.[3]

Selepas Atalanta disingkirkan dari Serie A, Garics dijual kepada Bologna pada 9 Ogos 2010,[4] dengan bayaran €3 juta.[5] Garics mengalami kecederaan serius pada tahun 2011.